Saturday, August 8, 2009

Sekitar Kem Smart Solat

Assalamualaikum ...

Pembaca budiman,

Alhamdulilah hari ini saya berjumpa dengan remaja sekitar Kuala Selangor dan Hulu Langat.

Pada jam 10 am saya diminta untuk berceramah untuk tajuk Kenapa Perlu Solat? untuk 100 org remaja di Masjid Bukit Badung, Kuala Selangor.

Pada malamnya saya diminta untuk berceramah tajuk Anda Solat Anda Cemerlang. di Masjid Ehsan, Hulu Langat dengan seramai hampir 50 org peserta yang hadir.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada adik-adik yang terlibat. Harapan saya agar adik-adik kuat dan semangat lakukan perubahan diri demi mencari mardhatilah serta kesempurna dalam beribadah.


Motivasi Jana Diri

Monday, July 20, 2009

Assalamualaikum ...

Pembaca budiman,

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran kami lafaskan ekoran Kem Mumtaz siri 01 pada 4-5 Julai 2009 (SMK Bukit Jelutong) berjaya dilaksanakan dengan lancarnya.

I`Allah, Kem Mumtaz siri 02 akan dilaksanakan minggu ini 24-25 Julai 2009 bertempat di Nur Sungai Merab, Kajang(Sek Rendah Agama ILMI)

Alhamdulilah, Allah membenarkan kami untuk meneruskan untuk siri yang berikutnya Kem Mumtaz siri 03 bagi SMK Seksyen 16 yang belum ditentukan lagi tarikhnya.

Harapan kami, peserta yang hadir dan individu yang terlibat mewarwarkan apa yang baik dan beritahu kami sekiranya ada perkara yang perlu dipertingkatkan.

Sekian.

< MJD >
Motivasi Jana Diri

Tuesday, July 14, 2009

Wednesday, July 8, 2009

Thursday, July 2, 2009

KEM MUMTAZ 2009



KEM IBADAH & KECEMERLANGAN DIRI (MUMTAZ)

- 4 - 5 JULAI 2009 (SABTU & AHAD)
- NUR BUKIT UNGGUL, SEPANG.
- TERBUKA UNTUK PELAJAR SPM!

< SMK BUKIT JELUTONG >


Program ini bertujuan membimbing pelajar mendalami konsep ibadah dalam kehidupan. pelajar juga didedahkan dengan pengalaman dan cara belajar yang betul dengan membawa contoh-contoh yang mudah & praktikal.

Program 2 hari 1 malam ini memberi fokus terhadap ibadah & akademik. Untuk mendapatkan sentuhan yang maksima, elemen seperti emosi, spiritual, intelek & fizikal akan mendasari setiap modul yang terdapat.

Semoga Allah melancarkan urusan program serta memberi kesan yang mendalam bagi terhadap pelajar.

Mohd Fadhil Abd Majid
< MJD >
Motivasi Jana Diri

Monday, January 12, 2009

Lagi Program Penutup Tirai 2008 ( MAHASISWA IPTA)

Memahami & Mengenali IQ, EQ & SQ.
Fokus utama pengisian program SPIES SISWA tempoh hari. Walaupun diberi hanya 2 slot selamat 4 jam berasingan namun dengan ilmu & kemampuan yang ada demi membantu mahasiswa pelapis kepimpinan negara.

Pengisian yang menyentuh elemen diri, sedikit sebanyak memberi kesan dan impak terhadap fikiran dan amalan peserta. Alhamdulilah selamat 4 jam bersama banyak perubahan dan terpaparnya bukti berTuhan insaf dan bertaubat atas perbuatan lalu terutama terhadap ibubapa, guru, Rasul dan Pencipta alam.

Air mata yang mengalir tak tertahan lagi, tentunya air mata kekuatan untuk bangun berdiri dan buktikan kepada semua bahawa mereka (pelajar) mampu menjadi contoh yang baik, lebih-lebih lagi kepada masyarakat seterusnya membangunkan tamadun Islami dan menangkis kejahilan dan keganasan seperti Israel terhadap palestin.